Skip to main content

Ubisoft telah mengumumkan kerjasama dengan Evil Empire untuk permainan terbaru bagi siri Prince of Persia iaitu The Rogue Prince of Persia akan dilancarkan secara akses awal pada 14 Mei ini melalui Steam.

The Rogue Prince of Persia merupakan permainan aksi platforming dengan grafik 2D, ia juga menyertakan elemen rogue-lite. Di dalam permainan ini, pemain akan menjadi ‘Prince’ yang mempunyai kebolehan untuk kembali hidup selepas mati.

Versi akses awal akan dilancarkan untuk PC sahaja buat masa ini, namun permainan ini juga akan dilancarkan untuk platform-platform lain kemudian.

Leave a Reply