Skip to main content

Ubisoft telah mengumumkan yang Star Wars Outlaw akan dilancarkan pada 30 Ogos untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC. Ia merupakan permainan dunia terbuka pertama berdasarkan Star Wars dan memfokuskan kepada Kay Vess iaitu watak baharu yang diperkenalkan melalui permainan ini.

Permainan ini akan dilancarkan dengan tiga edisi iaitu Standard, Gold dan Ultimate di mana Gold dan Ultimate akan menyertakan bersama Season Pass mengandungi 2 DLC dan misi tambahan iaitu “Jabba’s Gambit”. Pemain juga boleh bermain permainan ini 3 hari lebih awal dengan mendapatkan Gold dan Ultimate ataupun melanggan Ubisoft+.

Leave a Reply