TGV Pictures dan Feather Entertainment telah mengumumkan yang filem seram Sting akan ditayangkan di pawagam bermula pada 25 April 2024. Filem ini adalah mengenai Charlotte yang membela seekor labah-labah, namun labah-labah tersebut membesar dan mengancam keluarganya.

Sting diarahkan oleh Kiah Roache-Turner yang sebelum ini hadir dengan filem seperti Wyrmwood dan Nekotronic. Senarai pelakon pula ialah Alyla Browne, Jermaine Fowler, Ryan Corr, Noni Hazlehurst dan Penelope Mitchel.

Sohor Kini