Hujung minggu lepas, aplikasi pelagak untuk bermain permainan Game Boy Advance dan juga Game Boy Color iaitu iGBA telah tersenarai di gedung App Store, akan tetapi beberapa hari kemudian aplikasi tersebut telah dibuang.

Aplikasi pelagak menurut peraturan terbaru untuk App Store harus dibenarkan, oleh itu ramai yang tertanya mengapa ia dibuang. Berdasarkan kenyataan yang diberikan oleh oleh Apple kepada Macrumours, aplikasi tersebut dibuang bukan kerana fungsinya, tetapi kerana ia merupakan aplikasi yang mencetak rompak aplikasi lain iaitu GBA4iOS.

Riley Testut iaitu pembangun untuk GBA4iOS mengatakan yang iGBA menggunakan versi lama dan versi terbaru iaitu Delta masih menantikan kebenaran untuk disenaraikan di App Store yang sudah dihantar sejak bulan lepas lagi. Beliau juga sedang membangunkan pelagak GBA untuk visionOS.

Sohor Kini