Skip to main content

Sebelum ini telah dilaporkan yang melalui kemaskini kepada garis panduan untuk penawaran aplikasi di App Store, Apple telah membenarkan aplikasi pelagak untuk mula ditawarkan di gedung tersebut, sesuatu yang tidak dibenarkan sebelum ini.

Kini, antara terawal yang mengambil kesempatan perkara tersebut adalah Emu64 XL iaitu pelagak untuk konsol Commodore 64 dan iGBA iaitu pelagak untuk konsol Game Boy Advance dan juga Game Boy Color.

Walaupun sudah dibenar, Apple masih menegaskan yang penyedia aplikasi perlu memastikan yang penawaran mereka mematuhi garis pandungan dan juga undang-undang berkait. Oleh itu, jangan terkejut jika aplikasi ini masih dinyah-senarai daripada App Store di masa hadapan.

Leave a Reply