Skip to main content

Selepas menganjurkan ‘Bazaar Ramadan’ bersama dengan Meatime, PUBG Mobile telah mengumumkan kerjasama seterusnya iaitu bersama dengan kedai serbaneka emart24. Kerjasama ini akan bermula pada 8 April 2024 dengan pembeli boleh dapatkan set makanan Winner Winner Chicken Dinner yang ditawarkan sebanyak 80 ribu unit sahaja.

Set makanan ini menyertakan Korean Fried Chicken dan ditawarkan dengan dua pilihan iaitu Box dengan harga RM16.90 dan Bowl dengan harga RM9.90. Ia juga hadir dengan empat pilihan sos iaitu K-Spice, Soy Garlic, Buttermilk dan Sweet Chilli.

Setiap pembelian juga akan berpeluang untuk barangan PUBG Mobile dengan hanya perlu memuat naik gambar bersama dengan set makanan tersebut di media sosial dan menggunakan tagar #emart24xPUBGM.

Selain daripada itu, pemain-pemain PUBG Mobile juga boleh mengunjungi emart24 di Tamarind Square, Cyberjaya untuk menyertai pelbagai aktiviti termasuk juga ‘meet & greet’ bersama dengan pencipta kandungan tempatan.

PUBG Mobile sudah dilancarkan untuk iOS dan Android sebagai permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Leave a Reply