Moonton Games telah mengumumkan yang mereka telah mencapai persetujuan dengan Riot Games untuk menyelesaikan saman oleh pembangun League of Legends tersebut ke atas mereka yang bermula pada tahun 2022.
Menurut kenyataan akbar yang diberikan, selepa beberapa kali perbincangan, mereka telah mencapai persetujuan bersama dan Riot Games secara rasminya menarik kesemua saman yang berkait.
Riot Games sebelum ini telah memfailkan saman terhadap Moonton mengatakan yang syarikat tersebut telah melanggar hak cipta dengan meniru elemen di dalam permainan League of Legends dan juga barangan promosi untuk permainan mereka, Mobile Legends: Bang Bang.