Skip to main content

‘Road House’ yang mula disiarkan di Prime Video bermula 21 Mac lepas telah menerima 50 juta penonton untuk dua minggu pertama menurut Amazon yang sekaligus menjadikan pembukaan terbesar untuk filem di perkhidmatan penstriman tersebut.

Filem arahan Doug Liman merupakan olahan semula untuk filem berjudul sama yang ditayangkan pada 1989. Filem ini mengenai Dalton lakonan Jake Gyllenhaal bekas atlit UFC yang diupah untuk melindungi satu rumah penginapan dimiliki oleh Frankie lakonan Jessica Williams. Rumah penginapan tersebut menjadi sasaran ketua penjahat Brandt lakonan Billy Magnussen yang mengupah Knox lakonan Conor McGregor.

Prime Video boleh dilanggan dengan harga RM25 sebulan ataupun dapatkan bersama dengan Twitch Prime yang juga ditawarkan dengan harga yang sama.

Leave a Reply