Skip to main content

“Reversi” yang merupakan filem terbaru oleh pengarah Adrian Teh iaitu pengarah untuk filem seperti Malbatt: Misi Bakara dan Pasal the Movie akan ditayangkan sekitar tahun ini.

Filem ini mengisahkan tentang cinta seorang suami yang tidak berkesudahan kepada isteri dan anak lelakinya, yang berusaha sehabis baik untuk membetulkan kesalahannya pada masa lalu untuk masa depan yang lebih baik.

Beto Kusyairy, Shiqin Kamal, Vanidah Imran, dan Hasnul Rahmat merupakan antara senarai pelakon untuk filem ini dengan ACT 2 Pictures, Clover Films dan GSC akan menjadi penerbit dan juga menjadi pengedar.

Filem ini juga telah terpilih untuk mewakili Malaysia di Festival Filem Far East Udine ke-26 yang akan berlangsung dari 24 April hingga 2 Mei 2024.

Leave a Reply