Pelakon, penyanyi dan juga pengacara veteran Jaafar Onn telah meninggal dunia hari ini, menurut BH Online, arwah meninggal dunia di Hospital Sultan Idris Shah Serdang sekitar jam 11.30 pagi hari ini. Perkara tersebut juga sudah disahkan oleh anak angkat arwah, Mohamad Hanif Hashim.
Kesihatan arwah dikatakan merundung sejak 6 tahun yang lepas akibat masalah injap jantung yang menyebabkan kakinya bengkak dan perlu menggunakan kerusi roda.
Jaafar Onn memulakan mula terlibat dengan televisyen pada tahun 1973 lagi selepas mendapat jemputan daripada RTM untuk menyertai rancangan masakan ‘Dunia Wanita’, beliau pertama kali terlibat dengan dunia lakonan melalui telefilem Lagenda Lela Manja pada tahun 1980.
Penglibatan pertama arwah di dalam filem melalui filem XX Ray pada tahun 1992 sebagai watak sampingan sahaja, arwah juga mungkin lebih dikenali melalui watak Cikgu Jaafar di dalam siri Cili Padi yang disarkan pada tahun 1993.
Lakonan terakhir arwah adalah siri TV Cik PA Tuan Ash dan filem Misteri Wak Leman.