Skip to main content

ID@Xbox iaitu program khusus oleh Xbox untuk ketengahkan pembangun-pembangun indie telah mengumumkan empat permainan dari Asia iaitu Fallen Tear: The Ascension oleh Winter Crew dari Filipina, Brocula oleh Destroyer Doggo dari India, InKonbini oleh Nagai Industries dari Jepun dan Go-Go Town oleh Prideful Sloth dari Australia.

Fallen Tear: The Ascension merupakan permainan 2D JRPG dengan elemen Metroidvania. Pemain akan menjadi Hira iaitu seorang pemuda yang sedang di dalam pengembaraan untuk mencari kebenaran mengenai kisah silamnya. Fallen Tear dibangunkan oleh Winter Crew dan diterbitkan oleh Holysoft Studios, ia akan dilancarkan pada tahun 2025 untuk konsol dan Xbox.

Brocula yang dibangunkan oleh Destroyer Doggo merupakan permainan simulasi, pengurusan dan juga dengan elemen RPG. Di dalam permainan ini, pemain akan menjadi Brocula iaitu vampire yang baru sedar selepas berabad, dia perlu melakukan pelbagai kerja, mengembara di bandar dan juga memperkuatkan kuasa vampirenya.

Inkonbini: One Store. Many Stories’ iaitu permainan pengembaraan dan simulasi yang dibangunkan oleh Studio Nagai Industries akan dilancarkan pada awal tahun 2025 untuk PlayStation 5, Xbox Series, Nintendo Switch dan PC. Di dalam permainan ini, pemain akan menjadi Makoto Hayakawa yang menjadi penjaga untuk kedai serbaneka dan akan mendengar pelbagai kisah kehidupan daripada pelanggan.

Go-Go Town yang dibangunkan oleh Prideful Sloth merupakan permainan koperasi sehingga 4 pemain secara setempat. Permainan ini adalah mengenai pengurusan bandar dengan pemain akan menjadi datuk bandar. Selain bermain secara multi-pemain, ia juga boleh dimainkan secara solo. Pembangun juga mengatakan yang ia akan menerima fungsi multi-pemain dalam talian selepas dilancarkan. Permainan ini akan dilancarkan sekitar tahun ini untuk konsol dan PC.

Leave a Reply