Skip to main content

CD Projekt Red telah memberi peluang kepada pemain yang tidak pernah memiliki Cyberpunk 2077 di PlayStation 5 dan Xbox Series untuk mencuba permainan tersebut buat sementara waktu sehingga 31 Mac 2024.

Melalui sesi percubaan ini, pemain boleh bermain Cyberpunk 2077 selama 5 jam dan kemajuan serta fail simpanan boleh dibawa ke permainan penuh jika mereka melakukan pembelian untuk permainan ini yang ditawarkan dengan potongan harga sehingga 25% untuk edisi Ultimate.

Cyberpunk 2077 sudah dikeluarkan pada tahun 2020 dan sebelum ini menerima DLC pertama dan juga terakhir untuknya iaitu Phantom Liberty. Anda boleh baca ulasan kami untuknya di pautan berikut – Ulasan Cyberpunk 2077: Phantom Liberty.

Leave a Reply