Disney+ Hotstar hari ini telah berkongsi treler terbaru untuk Doctor Who yang sekaligus mengesahkan musim terbaru untuk siri tersebut akan disiarkan di Disney+ Hotstar pada 11 Mei 2024 ini seperti yang sudah diumumkan oleh Disney+ sebelum ini.

Seperti diumumkan sebelum ini, musim baharu ini akan menyertakan Doctor baharu iaitu Ncuti Gatwa yang akan menjadi doktor ke-14 atau ke-15 jika mengambil kira David Tennant yang kembali menjadi doktor untuk episod khas. Ruby Sunday lakonan Millie Gibson akan menjadi pembantu untuk doktor kali ini.

Doctor Who merupakan siri yang sudah bermula sejak tahun 1963 lagi dan mempunyai 39 musim, termasuk 13 musim selepas “Revived Era” yang bermula pada tahun 2005 selepas, siri asal terhenti pada tahun 1989.

Sohor Kini