NetEase dan Marvel Games telah mengumumkan yang mereka sedang membangunkan permainan Marvel Rivals iaitu permainan percuma menembak 6 lawan 6 dan ia dimainkan daripada pandangan third person.

Menurut NetEase, permainan ini dibangunkan oleh pasukan baharu yang terbentuk secara dalaman dan terdiri daripada bekas-bekas pembangun permainan seperti Call of Duty dan Battlefield. Ini merupakan permainan ketiga NetEase berkerjasama dengan Marvel, mereka sebelum ini hadir dengan Marvel Super War iaitu permainan MOBA dan Marvel Duel yang merupakan permainan kad digital.

Permainan ini akan menyertakan sebilangan watak-watak Marvel seperti Black Panther, Hulk, Iron Man, Loki, Rocket Raccoon dan Spider-Man dengan watak baharu akan diperkenalkan dari semasa ke semasa, tetapi masih tidak dinyatakan cara pemberian watak-watak baharu ini.

Tarikh pelancaran untuk Marvel Rivals masih tidak diumumkan, akan tetapi sesi alfa tertutup akan tiba pada bulan Mei ini. Buat masa ini, Marvel Rivals hanya diumumkan untuk PC iaitu melalui Steam dan Epic Games Store.

Sohor Kini