Skip to main content

PUBG Mobile bekerjasama dengan The Meatime untuk hadir dengan ‘Bazaar Ramadan’ yang sudah dibuka pada 12 Mac lepas dan berlangsung sehingga 8 April 2024 di TSI Arena Sports Centre, Cyberjaya membolehkan pengunjung untuk mendapatkan menu khas.

Pengunjung boleh dapatkan Winner Winner Chicken Dinner Combos yang menyertakan Ayam Salai atau Ayam Percik, sama ada separuh ayam ataupun seekor. Mereka juga dapatkan M4 Ice Combo yang menyertakan Ayam dan air Blue Lemonade.

Selain itu, setiap pembelian juga disertakan bersama dengan PUBG Mobile cupcake dan layak untuk mendapat Free Wheel Spin yang menyertakan pelbagai cenderamata PUBG Mobile dan juga hadiah utama iaitu 6,000 UC bernilai RM400.

Dari semasa ke semasa terdapat juga Meet & Greet semasa berbuka puasa dengan pencipta kandungan seperti KingShah, RoyBundle, Emychacha, BangJoel dan ramai lagi.

Bazaar Ramadan ini merupakan salah satu acara yang dianjurkan oleh PUBG MOBILE untuk komuniti tempatan. Mereka sebelum ini hadir dengan barangan di dalam permainan berasaskan Malaysia seperti Nasi Lemak dan Roti John untuk sambutan ulang tahun ke-5 dan juga kolaborasi dengan IP tempatan seperi Polis Evo 3, Mechamato dan BoBoiBoy.

PUBG Mobile sudah dilancarkan untuk iOS dan Android sebagai permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Leave a Reply