Skip to main content

Deep Silver dan Dambuster Studios telah melancarkan penambahan kedua untuk Dead Island 2pada 17 April 2024. Ia merupakan penambahan kedua selepas penambahan pertama iaitu Haus dilancarkan pada akhir tahun lepas.

Penambahan ini memfokuskan kepada festival muzik yang berlaku di California iaitu Sola, seperti di kawasan-kawasan lain, festival itu juga bertukar menjadi kucar kacir apabila virus menyebabkan manusia menjadi zombi.

Penambahan ini akan menyertakan penceritaan dan juga kawasan baharu yang berkait dengan festival Sola ini, jenis zombi baharu seperti Whipper dan Clotter. Pemain juga boleh menggunakan senjata baharu seperti Ripper dan Sawblade Launcher.

Dead Island 2 sudah dilancarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC. Anda boleh baca ulasan kami melalui pautan berikut; Ulasan Dead Island 2.

Leave a Reply