Worldwide Developer Conference (WWDC) Berlangsung Bulan Jun Ini

Apple telah mengumumkan yang Worldwide Developer Conference (WWDC) bagi tahun ini akan berlangsung bermula pada 10 Jun sehingga 14 Jun. Sepanjang acara ini, pelbagai persidangan akan disertakan sepenuhnya secara dalam talian dengan acara khas secara fizikal akan berlangsung pada 10 Jun di Apple Park.

Pembangun aplikasi dan permainan untuk peranti Apple boleh menyertai persidangan ini secara percuma yang akan memfokuskan perkembangan serta teknologi terbaru untuk iOS, iPadOS, macOS, watchOS, tvOS, dan visionOS.

Pendaftaran untuk menyertai acara fizikal dan maklumat lanjut mengenai persidangan ini akan dikongsi lanjut melalui aplikasi Apple Developer dan juga laman Apple Developer.

Sohor Kini