Skip to main content

Mobile Legends: Bang Bang Professional League (MPL) Malaysia akan kembali untuk musim ke-13 bermula pada 29 Mac ini bagi Musim Biasa yang berlangsung sehingga 12 Mei. Kejohanan bagi musim ini akan turut melibatkan dua pasukan baharu iaitu Bountee Esports dan Monster Vicious menyertai 8 pasukan daripada musim lepas.

Berikut merupakan 10 pasukan yang terlibat:

  • HomeBois
  • TODAK
  • RSG Malaysia
  • NINERS (sebelum ini MPX NSEA)
  • Barracuda Esports
  • King Empire
  • Selangor Red Giants
  • Team HAQ
  • Bountee Esports
  • Monster Vicious

Musim biasa akan mengikuti format round robin, dengan setiap perlawanan menggunakan format Best-of-Three (BO3). Lapan pasukan terbaik akan melayakkan diri ke peringkat Playoff untuk merebut tiket ke Mid Season Cup (MSC) 2024 yang akan berlangsung di Riyadh, Arab Saudi dan menawarkan hadiah terkumpul sehingga $3 juta.

Kesemua perlawanan pada Musim 13 akan diadakan di Rumah MPL Malaysia iaitu Stadium MBSJ Serdang Jaya. Lokasi ini mampu memuatkan sehingga 1,000 penonton, meningkat dari kapasiti 600 penonton pada Musim 12 yang lalu.

Kesemua perlawanan akan distrim secara langsung menerusi laman Facebook MPL Malaysia dan kesemua laman Mobile Legends: Bang Bang. 

Leave a Reply