Final Fantasy XVI: The Rising Tide Dilancarkan 18 April Ini

Square Enix telah mengumumkan yang The Rising Tide iaitu DLC kedua bagi Final Fantasy XVI akan dilancarkan pada 18 April 2024 untuk PlayStation 5. The Rising Tide akan melengkapi penceritaan yang bermula di DLC sebelum ini iaitu Echoes of the Fallen yang dilancarkan pada akhir tahun lepas.

Penceritaan akan memfokuskan kepada Clive bersama dengan rakannya mengembara ke Mysidia dan belajar mengenai, The Rising Tide ini juga akan menyertakan pertempuran, senjata, aksesori dan peningkatan had tahap.

Selain itu, semasa The Rising Tide, semua pemilik Final Fantasy XVI juga akan mendapat kemaskini 1.30 yang antaranya membolehkan untuk pemain kembali kepada pemberi misi secara terus, kemahiran baharu, dan juga mengubah-suai susun atur butang kawalan.

Final Fantasy XVI sudah dilancarkan untuk PlayStation 5 dan anda boleh baca ulasan kami melalui pautan berikut – Ulasan Final Fantasy XVI, ulasan untuk DLC pertama iaitu Echoes of the Fallen juga boleh dibaca melalui pautan berikut – Ulasan Final Fantasy XVI: Echoes of the Fallen.

Sohor Kini