Melalui laman FAQ Disney+ Hotstar, harga langganan baharu untuk perkhidmatan tersebut telah diumumkan yang akan bermula pada 24 April 2024. Berikut adalah harga untuk langganan baharu:

  • Basic Plan Tahunan – RM214.90
  • Premium Plan Tahunan – RM289.90
  • Basic Plan Bulanan – RM24.90
  • Premium Plan Bulanan – RM39.90
  • Premium Plan 3 Bulan – RM79.90

Pada waktu ini, harga langganan Disney+ Hotstar RM54.90 untuk tiga bulan dan ia juga hanya mempunyai satu pelan sahaja.

Berikut merupakan perbezaan di antara Basic Plan dan Premium Plan:

Bagi yang melanggan Disney+ Hotstar bersama dengan pakej langganan perkhidmatan lain seperti Astro masih tidak disahkan lagi jika akan terkesan dengan perubahan ini.

Sumber: Amanz

Sohor Kini