The NeverEnding Story iaitu novel fantasi berbahasa Jerman yang ditulis oleh Michael Ende dan diterbitkan pada tahun 1979 bakal menerima beberapa filem aksi nyata baharu yang akan diterbitkan dengan kerjasama di antara Michael Ende Productions dan See-Saw Films.

See-Saw Films sebelum ini pernah menerbitkan filem seperti Lion, Macbeth, The King’s Speech dan siri seperti Heartstopper dan The End.

Novel ini adalah mengenai kanak-kanak lelaki bernama Bastian yang menjumpai satu buku berjudul The NeverEnding Story, semasa membaca buku tersebut dia dapati yang watak-watak di dalam buku dapat mendengar mengetahui mengenai Bastian yang sedang membaca buku tersebut, Bastian juga kemudiannya mula terlibat dengan penceritaan buku tersebut.

Ini bukan pertama kali ia menerima filem, dengan adaptasi filem pertama diterbitkan pada tahun 1984 diikuti dengan dua sekuel pada tahun 1990 dan 1994.

Sohor Kini