Skip to main content

Variety telah melaporkan (berdasarkan laporan oleh The InSneider) yang LuckyChap Entertainment iaitu syarikat penerbitan yang ditubuhkan oleh Margot Robbie bersama dengan Tom Ackerley, Josey McNamara dan Sophia Kerr yang menerbitkan filem berdasarkan permainan video “The Sims” bersama dengan Vertigo Entertainment.

Kate Herron iaitu pengarah untuk siri Disney+ Hotstar Loki dilaporkan akan menjadi pengarah dan akan menjadi penulis bersama dengan Briony Redman. Mereka berdua sebelum ini pernah terlibat dengan episod untuk “Doctor Who”.

Menurut Variety lagi, pembangunan untuk filem The Sims ini masih di-peringkat awal dan masih tidak berkait dengan mana-mana studio lain.

The Sims merupakan siri permainan simulasi kehidupan yang diterbitkan oleh EA. Permainan terkini mereka adalah The Sims 4 dengan The Sims 5 sedang dibangunkan.

Leave a Reply