Disney+ Hotstar telah menyiarkan 7 episod pertama untuk siri anime Sand Land the Series iaitu siri berdasarkan filem Sand Land yang ditayangkan pada tahun lepas, dan merupakan adaptasi kepada manga Sand Land ciptaan Akira Toriyama yang meninggal dunia baru-baru ini.

Siri ini memfokuskan kepada watak Sand Land yang merupakan iblis tetapi telah diminta tolong untuk membantu manusia kerana keadaan dunia pada waktu itu. Filem animasi sudah dikeluarkan pada tahun lepas, dan siri animasi ini adalah berdasarkan filem tersebut.

Bandai Namco juga sedang menghasilkan permainan dunia terbuka berdasarkan siri ini dan demo sudah boleh dimuat turun.

Siri ini akan mempunyai 13 episod dengan episod-episod seterusnya akan tiba secara mingguan. Siri ini diarahkan oleh Toshihisa Yokoshima bersama dengan Hiroshi Koujina dan studio animasi adalah Sunrise, Kamikaze Douga dan Anima.

Senarai pelakon suara bahar Jepun ialah Mutsumi Tamura, Kazuhiro Yamaji, Cho, Satoshi Tsuruoka dan Nobuo Tobita.

Sohor Kini