Bandai Namco telah berkongsi video terbaru untuk Dragon Ball: Sparking! Zero yang memfokuskan kepada tatamain. Mereka telah mengumumkan beberapa mekanik baharu dan juga watak-watak lain yang akan disertakan di dalam permainan.
Dragon Ball: Sparking! Zero merupakan permainan di dalam siri Budokai Tenkaichi dengan ia banyak mengambil tatamain daripada permainan yang dilancarkan pada tahun 2005 tersebut.
Video berdurasi 12 minit boleh ditonton di bawah.
Antara mekanik baharu yang diumumkan adalah Skill Count yang akan mengira gerakan dilakukan oleh pemain yang kemudiannya boleh digunakan untuk melakukan gerakan istimewa, seterusnya Revenge Counter membolehkan pemain melakukan serangan balas semasa sedang diserang. Super Perception pula membolehkan pemain untuk menangkis gerakan lawan dan Vanishing Assaults serangan yang menggunakan pergerakan pantas (teleport) untuk memudahkan pemain berada dekat dengan lawan.
Bandai Namco sebelum ini telah mengumumkan 24 watak yang akan tiba di dalam permainan ini yang sekadar versi lain untuk Goku dan Vegeta, di dalam video baharu ini mereka mengumumkan 11 watak tambahan seperti Broly, Burter, Hit, Master Roshi, Super Trunks dan Toppo.
Dragon Ball: Sparking Zero yang akan dilancarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC.