Skip to main content

Epic Games ketika acara State of Unreal telah mengumumkan mereka akan membawa aset permainan, animasi dan juga watak daripada Fall Guys akan disertakan di dalam Unreal Editor for Fortnite (UEFN) yang membolehkan pemain untuk menghasilkan peringkat Fall Guys secara terus di dalam Fortnite. Sokongan ini akan tiba pada bulan Mei.

Melalui temubual bersama Eurogamer, Naib Presiden Epic Games Saxs Persson mengatakan yang Fortnite akan memudakan pemain untuk mengakses pelbagai kandungan melalui satu tempat yang khusus akan tetapi mereka akan terus menyokong Fall Guys sebagai permainan kendiri seperti mana Rocket League yang akan terus disokong walaupun Rocket Racing menyertai Fortnite hari ini.

Epic Games mengambil alih Mediatonic pada 2021 selepas kejayaan mengejut pelancaran Fall Guys pada tahun 2020. Pada tahun 2022 ia menjadi permainan percuma untuk dimainkan dan menyokong fungsi rentas platform.

Leave a Reply