Skydance New Media dan Marvel Games telah mengumumkan mereka sedang membangunkan permainan Marvel 1943: Rise of Hydra yang akan memfokuskan kepada dua watak adiwira Marvel iaitu Captain America dan Black Panther.
Permainan ini akan diterbitkan oleh Amy Hennig iaitu yang bertanggungjawab untuk permainan seperti Uncharted dan Legacy of Kain, beliau menyertai Skydance pada tahun 2019.
Dengan permainan ini berlaku pada tahun 1943 iaitu semasa perang dunia kedua, Black Panther di dalam permainan ini merupakan Azzuri ataupun T’Chanda iaitu bapa kepada T’Chaka dan datuk kepada T’Challa. Selain Captain America dan Black Panther, dua lagi watak yang akan digunakan oleh pemain ialah Gabe Jones dan Nanali.
Permainan ini dilancarkan pada tahun 2025 tetapi masih tiada platform yang diumumkan.