PUMA telah mengumumkan kerjasama dengan siri manga dan anime popular One Piece untuk koleksi pakaian terbaru mereka. Kerjasama ini adalah bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-25 siri anime One Piece.
Kerjasama ini antaranya menyertakan Tshirts, Hoodies, T7 Tracksuit yang memperlihatkan pelbagai elemen One Piece seperti bendera, adegan dan juga watak. Logo PUMA juga digabungkan dengan logo One Piece. Antara aksesori yang ditawarkan adalah beg dan topi.
Bagi kasut pula, empat PUMA Suedes yang mengambil inspirasi daripada empat Emperors iaitu Straw Hat Luffy, Red-Haired Shanks, Blackbeard Teech dan Buggy the Genius Jester. Setiap kasut ini juga mempunyai pembungkusan dan juga hangtags tersendiri.
Koleksi PUMA x One Piece ini akan mula ditawarkan pada 23 Mac 2024 dengan harga daripada RM129 sehingga RM479.