GSC telah mengumumkan dua lagi cawangan mereka akan ditutup iaitu GSC Klang Parade di Selangor dan GSC Heritage Mall Kota Tinggi di Johor yang akan melakukan tayangan terakhir pada 31 Mac 2024 sebelum ditutup secara rasmi pada 1 April 2024.

Mereka juga mengatakan yang pengunjung yang sering hadir ke pawagam ini boleh mengunjungi pawagam berdekatan iaitu GSC Setia City Mall untuk GSC Klang Parade dan GSC IOI Mall Kulai untuk GSC Heritage Mall Kota Tinggi.

Dua cawangan yang ditutup ini akan menyertai GSC 3 Damansara yang ditutup pada 17 Mac lepas dan GSC Berjaya Times Square yang ditutup pada tahun lepas.

Sohor Kini