Skip to main content

Blizzard telah berkongsi Developer Update pertama untuk tahun ini bagi permainan Overwatch 2 dan ia adalah satu kemaskini yang menarik untuk pemain, terutama perubahan kepada sistem bagaimana hero disertakan di dalam permainan ini.

Bagi mendapatkan hero-hero tambahan untuk Overwatch 2, pemain sama ada perlu membeli Battle Pass ataupun dengan mendapatkannya melalui sistem dalam permainan, namun bermula pada musim ke-10 yang akan turut menyertakan hero baharu iaitu Ventura, kesemua hero akan tersedia untuk digunakan oleh semua pemain yang sekurang-kurangnya melakukan tutorial bagi permainan ini.

Selain itu, mereka juga mempekenalkan Mythic Shop untuk membolehkan pemain mendapatkan kostum yang sebelum ini ditawarkan melalui Battle Pass sahaja. Peta baharu seperti Runasapi juga diumumkan yang merupakan ‘push map’.

Mod baharu akan disertakan iaitu ‘Clash’ yang akan diuji di Hanaoka bermulanya musim baharu ini, peta sedia ada juga akan menerima perubahan iaitu Colosseo pada Musim 11 dan selepas Musim 12, mereka akan memfokuskan untuk mengubah peta sedia ada berbanding menghasilkan peta baharu.

Overwatch 2 sudah dilancarkan untuk PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series, Xbox One, Nintendo Switch dan PC. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Leave a Reply