Filem animasi oleh Walt Disney Animation Studios iaitu Wish akan ditawarkan melalui Disney+ dan berkemungkinan besar juga di Disney+ Hotstar pada 3 April 2024, selepas ditayangkan di pawagam pada akhir tahun lepas.
Di dalam filem ini, Asha telah mendapat bantuan daripada Star untuk melawan King Magnifico iaitu Raja Rosas, yang walaupun memerintah dengan baik tetapi dia mempunyai rahsia yang tidak baik berkait dengan hajat rakyatnya.
Filem ini melibatkan senarai pelakon seperti Ariana DeBose, Chris Pine, dan Alan Tudyk. Sepanjang di pawagam, ia telah mengutip $254 juta dan anda boleh baca ulasan kami melalui pautan berikut – Ulasan Disney’s Wish.