Disney+ hari ini telah berkongsi treler untuk siri Star Wars baharu iaitu The Acolyte. Siri ini akan mula disiarkan pada 4 Jun dengan menerima 2 episod, dengan episod-episod seterusnya akan tiba secara mingguan.
Siri ini memfokuskan kepada kisah 100 tahun sebelum Star Wars: Episode 1 mengenai satu kejadian misteri yang tampaknya menyasarkan Jedi dan melibatkan Jedi Master bertemu dengan bekas pandawan yang telah mengikut laluan berbeza.
Antara pelakon ialah Amandla Stenberg, Lee Jung-jae, Manny Jacinto, Dafne Keen, Charlie Barnett, Jodie Turner-Smith, Rebecca Henderson, Dead-Charles Chapman, Joonas Suotamo, dan Carrie-Anne Moss. Showrunner untuk siri ini ialah Leslye Headland dengan George Lucas, Kathleen Kennedy, Simon Emanuel, Jeff F. King dan Jason Michallef sebagai Penerbit Eksekutif.
The Acolyte akan menerima 8 episod dan diarah oleh Leslye Headland, Kogonada, Alex Garcia Lopez dan Hanelle Culpepper.