Skip to main content

Prime Matter dan Nightdive Studios telah mengumumkan yang System Shock versi olahan semula akan dilancarkan untuk konsol iaitu PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, dan Xbox Series pada 21 Mei 2024 selepas dilancarkan untuk PC pada tahun lepas.

Versi remake ini akan menyertakan visual yang lebih berkualiti, kawalan yang lebih baik, antaramuka yang ditambah-baik dan juga audio serta muzik baharu. Versi ini juga akan menyertakan kandungan tambahan yang tidak disertakan di dalam permainan asal. Di PS5 dan Xbox Series, ia akan menyokong tetapan sehingga 4K 60FPS.

Walaupun dengan pelbagai penambahan ini, System Shock juga mengekalkan kebanyakan bahagian daripada permainan asal, ini termasuklah SHODAN sendiri di mana Terri Brosius kembali membawa watak tersebut.

Leave a Reply