Bandai Namco telah menyediakan demo untuk Sand Land iaitu permainan yang mengadaptasi manga berjudul sama yang merupakan karya Akira Toriyama iaitu pencipta siri Dragon Ball yang meninggal dunia baru-baru ini.

Demo ini ditawarkan di semua platform iaitu PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series dan juga PC melalui Steam. Melaluinya pemain boleh mencuba kenderaan untuk menjelajah beberapa kawasan daripada permainan ini. Pemain yang mencuba demo ini juga akan mendapat ganjaran untuk di bawa ke permainan penuh kelak.

Sand Land akan dilancarkan pada 26 April 2024.

Sohor Kini