HoYoverse telah mengumumkan sesi beta tertutup baharu untuk permainan mereka Zenless Zone Zero bagi pemain di PC, iOS dan Android. Pendaftaran untuknya sudah dibuka dan boleh dilakukan melalui pautan ini.

Melalui sesi baharu yang digelar sebagai “The Amplifying Test” akan memberi peluang kepada pemain untuk mencuba watak baharu iaitu Zhu Yuan bersama dengan Faction baharu iaitu “New Eridu Public Security;s Criminal Investigation Special Response Team”.

Selain itu, pemain juga boleh mencuba gaya pertempuran baharu iaitu Bangboo, bersama dengan cabaran baharu iaitu Shiyu Defense melalui Hollow Deep Dive System (HDD).

Tarikh bermula sesi beta ini, dan juga sesi untuk pemain di PS5 akan diumumkan kemudian.

Sohor Kini