Skip to main content

Seperti yang kami katakan minggu lepas, minggu ini akan menjadi minggu yang sibuk untuk pemain-pemain permainan video. Jika minggu lepas kita boleh katakan minggu yang perlahan, minggu ini saya boleh katakan minggu yang padat dengan permainan-permainan menarik. Tambahan lagi untuk tiga permainan yang dikeluarkan pada tarikh yang sama iaitu Rise of the Ronin, Dragon’s Dogma 2 dan Princess Peach.

Berikut adalah 5 permainan menarik yang akan tiba minggu ini:

MLB The Show 24

Platform: PlayStation, Xbox, Nintendo Switch

Permainan simulasi besbol oleh San Diego Studio kembali lagi tahun ini, melalui MLB The Show 24 yang akan dilancarkan 19 Mac ini. Ia juga menyertai Xbox Game Pass pada hari pelancaran. Antara pembaharuan yang di sertakan adalah pemain boleh menghasilkan pemain wanita untuk Road to the Show, Stolines kembali dengan musim kedua untuk The Negro Leagues dan juga penambahan “The Captain” iaitu mengenai Derek Jeter.

Horizon Forbidden West: Complete Edition

Platform: PC

Selepas dikeluarkan pada tahun lepas untuk PS5, Horizon Forbidden West: Complete Edition yang menyertakan permainan asas bersama dengan penambahan Burning Shores, akhirnya akan tiba untuk PC pada 21 Mac ini. Permainan ini merupakan susulan kepada Horizon Zero Dawn yang juga ditawarkan di PC dan menyertakan kawasan dan penceritaan baharu.

Rise of the Ronin

Platform: PlayStation 5

Permainan seterusnya oleh Team Ninja iaitu Rise of the Ronin akan tiba pada 22 Mac ini dan ia menawarkan tatamain pertempuran yang sudah menjadi kebiasaan bagi permainan oleh mereka tetapi dengan disertakan dengan tatamain dunia terbuka dengan landskap kisah sejarah mengenai Jepun yang memfokuskan kepada era Bakumatsu.

Baca: Pandang Pertama Rise of the Ronin

Dragon’s Dogma 2

Platform: PlayStation 5, Xbox Series, PC

Penantian hampir 24 tahun berakhir pada 22 Mac ini, selepas Dragon’s Dogma 2 akan dilancarkan selepas permainan pertama dikeluarkan pada tahun 2012. Walaupun permainan susulan, tetapi permainan ini akan berlaku di dunia yang selari dengan dunia permainan sebelum ini, oleh itu pemain tidak perlu bermain pertama. Tarikan utama permainan ini sudah semestinya sistem RPG yang mendalam dan dunia yang luas untuk diteroka bersama dengan Pawn, sistem yang kembali lagi untuk permainan kali ini.

Princess Peach: Showtime!

Platform: Nintendo Switch

Setelah sekian lama, Princess Peach kembali menerima permainan kendiri selepas Super Princess Peach yang dikeluarkan pada 19 tahun yang lepas. Permainan ini juga akan dilancarkan pada 22 Mac. Di dalam permainan ini, pemain akan mengawal Peach dan boleh bertukar untuk menjadi versi Peach yang berlainan seperti Swordfighter Peach, Detective Peach dan Mighty Peach yang setiapnya mempunyai kebolehan tersendiri.

Leave a Reply