HoYoverse telah mengumumkan yang kemaskini seterusnya untuk Honkai: Star Rail iaitu versi 2.1 “Into the Yawning Chasm” akan dilancarkan pada 27 Mac 2024 yang antaranya menyertakan kawasan, rakan dan juga penceritaan baharu.

Selain itu, dengan Honkai: Star Rail akan menyambut ulang tahun pertama, pemain yang log masuk apabila versi 2.1 dilancarkan berpeluang untuk menyertai acara yang akana memberikan 20 Star Rail Special Passes, 1600 Stellar Jades dan pelbagai lagi ganjaran khas.

Bagi menyampaikan penceritaan yang meneruskan kisah di Penacony, pemain boleh menukar perspektif kepada watak-watak yang lain untuk memberi lebih kefahaman mengenai apa yang berlaku di tempat tersebut.

Watak yang akan disertakan di dalam kemaskini ini ialah Acheron yang membuat penampilan di dalam penceritaan sebelum ini. Ia merupakan watak 5-bintang, yang mengikuti Path Nihility dengan elemen Lightning. Seorang lagi watak ialah Aventurine yang juga watak 5 bintang. Dia mengikut Path Preservation dengan elemen Imaginary. Dia merupakan seorang yang berpangkat besar di dalam Strategic Investment Department untuk IPC. Bagi watak 4 bintang pula, Gallagher disertakan yang mengikut Path Abundance dengan elemen Fire. Buat masa ini masih tidak banyak maklumat mengenainya yang dikongsi tetapi dia merupakan pengawal keselamatan untuk keluarga Bloodhound.

Dua kawasan baharu yang akan menjadi lokasi utama untuk penceritaan adalah Clock Studios Theme Park dan Dewlight Pavilion. Clock Studios Theme Park bertempat di Golden Hour dan menyertakan pelbagai keseronokan untuk pengunjung Dreamscape. Manakala Dewlight Pavilion berada di Moment of Morning Dew iaitu kawasan Dreamscape yang penuh dengan misteri.

Honkai: Star Rail sudah dikeluarkan untuk PlayStation 5, PC, iOS dan Android. Ia merupakan permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam permainan.

Sohor Kini