Skip to main content

Insider Gaming telah melaporkan yang spesifikasi PlayStation 5 Pro yang tertiris, antaranya melalui Moore’s Law is Dead adalah benar, mereka mengatakan spesifikasi tersebut diperoleh melalui dokumen yang dikongsi melalui Portal untuk pembangun PlayStation.

Berikut merupakan antara spesifikasi yang dinyatakan:

  • Memori Sistem: Jalur lebar meningkat kepada 576 GB/s berbanding 448 GB/s di PS4. Selain itu, turut dinyatakan yang memori sistem PS5 Pro adalah lebih efisien yang akan memberikan peningkatan jalur lebar melebihi 28%.
  • CPU: PS5 Pro menggunakan CPU yang sama tetapi ia menyertakan ‘High CPU Frequency Mode’ yang mempertingkatkan kadar jam ke 3.85GHz berbanding 3.5GHz tetapi akan mengurangkan prestasi GPU lebih kurang 1%.
  • GPU: 33.5 Teraflops berbanding 10.28 Teraflops di PS5 akan tetapi menurut The Verge peningkatan kelihatan lebih besar kerana perubahan seni bina RDNA. Jumlah yang sebenar boleh dikatakan 17 Teraflops.
  • Ray Tracing: PS5 Pro boleh menjalankan Ray Tracing 2 hingga 3 kali lebih baik, 4 kali untuk kes-kes tertentu.
  • Teknologi: PS5 Pro akan menyokong teknologi baharu iaitu ‘PlayStation Spectral Super Resolution Upscaling’ (PSSR) iaitu teknologi yang berfungsi seperti Nvidia DLSS dan AMD FSR.

PS5 Pro ini juga dikatakan akan menjadikan resolusi 8K sebagai sasaran seterusnya untuk pengenalan mod baharu bagi grafik dan pada masa yang sama memberikan kadar kelancaran yang lebih stabil untuk resolusi 4K. PS5 Pro akan mengekalkan fungsi seperti PS5 Slim dengan pemacu boleh dipasang dan dibuka dengan mudah.

Kit pembangunan PS5 Pro juga dilaporkan sudah berada di tangan beberapa pembangun dan Sony dijangka akan menawarkan model baharu untuk konsol mereka pada akhir tahun ini.

Leave a Reply