Netflix telah mengumumkan yang filem aksi nyata “City Hunter” akan tiba di perkhidmatan tersebut pada 25 April 2024. Filem ini mengadaptasi manga berjudul sama yang dihasilkan oleh Tsukasa Hojo. Namun, filem ini memfokuskan kepada sesuatu yang kurang dipercakapkan di dalam manga iaitu kisah awal bagaimana Ryo Saeba bekerjasama dengan Kaori Makimura.

Senarai pelakoan untuk siri ini adalah seperti berikut: Ryohei Suzuki membawa watak Ryo Saeba, Misato Morita membawa watak Kaori Makimura, Masanobu Ando sebagai Hideyuki Makimura dan Fumino Kimura sebagai Saeko Nogami.

Netflix turut mengumumkan yang lagu “Get Wild” oleh TM Network yang menjadi penutup untuk siri anime “City Hunter” akan diperkenalkan semula sebagai “Get Wild Continual” untuk menjadi muzik bagi filem ini.

Sejak diterbitkan pada tahun 1985, manga City Hunter ini telah menerima pelbagai adaptasi seperti anime, filem anime, siri aksi nyata dan juga filem.

Sohor Kini