Capcom telah berkongsi video baharu untuk Dragon’s Dogma 2 yang memfokuskan kepada pengenalan mengenai permainan ini. Video berdurasi lebih kurang 7 minit ini, disampaikan oleh Ian McShane iaitu pelakon Winston untuk John Wick dan juga yang menyuarakan Tai Lung di dalam Kung Fu Panda.

Anda boleh tonton video tersebut di bawah.

Antara perkara yang dikongsi di dalam video ini adalah kisah disebalik watak utama yang juga digelar sebagai Arisen, dua negara yang menjadi fokus utama untuk permainan ini, dan juga pelbagai jenis penjahat yang pemain akan bertempur.

Dragon’s Dogma 2 akan dilancarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC melalui Steam pada 22 Mac 2024.

Sohor Kini