505 Games dan Rabbit & Bear Studios telah berkongsi treler baharu untuk Eiyuden Chronicle: Hundred Heroes dengan kita sudah semakin menghampiri tarikh pelancaran untuknya iaitu pada 23 April 2024 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Nintendo Switch dan PC.
Melalui treler terbaru ini, mereka memperlihatkan sebilangan watak yang boleh menyertai skuad pemain bersama dengan pelbagai permainan mini yang akan disertakan seperti permainan kad dan juga permainan gasing.
Eiyuden Chronicle: Hundred Heroes merupakan permainan JRPG yang menyertakan sistem pertempuran 6-watak dan pemain boleh merekrut lebih 100 watak untuk digunakan. Permainan ini Rabbit & Bear Studios yang ditubuhkan oleh Yoshitaka Murayama iaitu pencipta untuk Suikoden I & II dan Junko Kawano pernah terlibat dengan Suikoden I & IV.
Yoshitaka Murayama meninggal dunia pada awal bulan lepas pada umur 55 tahun, menjadikan ini mungkin projek terakhir yang beliau terlibat.