Skip to main content

Moonton melalui notifikasi yang diberikan di dalam permainan telah mengumumkan harga untuk pembelian di dalam permainan Mobile Legends: Bang Bang akan menerima kenaikan harga yang ‘berpatutan’ bermula pada 27 Mac 2024.

Menurut mereka, perubahan harga ini adalah disebabkan kepada pengurangan mata wang Ringgit dan juga peningkatan cukai sejak dua tahun yang lepas. Sebagai tanda penghargaan, sebarang pembelian pada 27 Mac sehingga 16 April akan terus menggunakan harga yang sekarang untuk cara pembayaran tertentu ataupun mendapat bonus “Recharge”. Manakala harga baharu akan sepenuhnya berkuat kuat selepas 16 April 2024.

Mobile Legends: Bang Bang sudah dilancarkan untuk iOS dan Android.

Leave a Reply