Apple TV+ telah berkongsi treler untuk siri “Franklin” yang membintangi Michael Douglas sebagai Benjamin Franklin iaitu salah seorang Bapa Pengasas untuk Amerika Syarikat. Tiga episod pertama siri ini akan tiba pada 12 April, diikuti episod baharu setiap hari Jumaat. Ia menyertakan 8 episod kesemuanya.
Siri yang mengadaptasi buku “A Great Improvisation: Franklin, France and the Birth of America” oleh Stacy Schiff ini memfokuskan kepada usaha Benjamin Franklin yang tidak pernah mempunyai sebarang latihan diplomatik, meyakinkan Perancis untuk bersama dengan Amerika Syarikat di dalam melawan British. Usaha tersebut yang membawa kepada “Franco-American Alliance of 1778”.
Selain Michael Douglas, siri ini juga melibatkan Noah Jupe, Thibault de Montalembert, Daniel Mays, Ludivine Sagnier, Eddie Marsan, Jeanne Balibar, dan Theodore Pellerin manakala Tim Van Patten merupakan pengarah untuknya.
Apple TV+ ditawarkan dengan harga RM29.90 yang boleh dikongsi dengan 5 orang keluarga, ia juga boleh diperoleh melalui langganan Apple One yang juga menyertakan Apple Music dan Apple Arcade dengan harga RM34.90 untuk pelan individu, RM44.90 untuk pelan keluarga, dan RM84.90 untuk Premier yang turut menyertakan Apple Fitness+