Skip to main content

Sony Interactive Entertainment telah berkongsi senarai permainan baharu yang akan menyertai Katalgo PS Plus iaitu penawaran khusus untuk pelanggan PS Plus Extra dan Deluxe. Permainan-permainan yang disertakan ini akan mula boleh didapatkan pada 19 Mac 2024.

Berikut adalah permainan yang disertakan:

  • NBA 2K24 Kobe Bryant Edition
  • Marvel’s Midnight Sun
  • Resident Evil 3
  • LEGO DC Supervillains
  • Mystic Pillars
  • Blood Bowl 3
  • Super Neptunia RPG
  • Dragon Ball Z: Kakarot

Pelanggan PlayStation Deluxe juga akan mendapat permainan-permainan di bawah kategori PlayStation Classic dan berikut adalah permainan-permainan yang disertakan pada bulan ini;

  • Jak and Daxter The Lost Frontier
  • Cool Boarders
  • Gods Eater Burst
  • Phoenix Wright: Ace Attorney Trilogy
  • Jojos Bizarre Adventure AllStar Battle R

PlayStation Plus kini ditawarkan dengan tiga tahap iaitu Essential, Extra dan Deluxe. Essential ditawarkan dengan harga RM39/sebulan, RM75/3 bulan dan RM235/setahun. Extra ditawarkan dengan harga RM49/sebulan, RM125/3 bulan dan RM400/setahun. Deluxe ditawarkan dengan harga RM55/sebulan, RM145/3 bulan dan RM460/setahun.

Leave a Reply