Skip to main content

Netflix telah mengumumkan yang filem fiskyen sains terbaru mereka iaitu Atlas akan tiba di platform tersebut pada 24 Mei 2024. Bersama dengan pengumuman ini, mereka juga telah berkongsi treler acah yang anda boleh tonton di bawah.

Atlas adalah mengenai Atlas Shepherd (Jeniffer Lopez) iaitu penganalisa data yang kurang mesra dengan orang lain dan sangat tidak mempercayai kecerdasan buatan ataupun AI. Semasa di dalam misi untuk menangkap robot yang berpaling tadah, dia terperangkap dan satu-satu benda yang boleh menyelamatkannya ialah AI.

Filem ini diarahkan oleh Brad Peyton, serta ditulis oleh Leo Sardarian dan Aron Eli Coleite.

Leave a Reply