The Mobile Gaming Awards yang juga dikenali sebagai Mobies iaitu acara anugerah khusus untuk permainan-permainan mudah alih akan kembali untuk tahun kedua tahun ini, dan selepas dianjurkan di Los Angeles pada tahun lepas, tahun ini ia akan berlangsung di London.
Pada tahun lepas, yang memperlihatkan Genshin Impact memenangi Permainan Mudah Alih Terbaik, ia telah menerima 1.9 juta jumlah tontonan dengan lebih 1.5 juta undian diterima. Buat masa ini mereka masih tidak mengumumkan senarai kategori akan tetapi mengatakan terdapat beberapa kategori baharu yang ditambah.
Tarikh undian dan tarikh penganjuran juga masih tidak diumumkan lagi.