Skip to main content

Summer Game Fest telah mengumumkan yang mereka akan kembali lagi tahun ini pada 8 Jun 2024 yang akan menjadi tahun kelima untuk acara tersebut. Selain penstriman langsung, acara ini juga akan dianjurkan secara fizikal di YouTube Theater, Los Angeles.

Seperti biasa, sepanjang acara ini pelbagai pengumuman permainan video akan dilakukan, tidak kira permainan baharu ataupun perkembangan terbaru untuk permainan yang sudah diumumkan sebelum ini yang akan mengisi 2 jam untuk acara ini.

Antara yang menjadi tumpuan bagi acara ini sudah semestinya mengenai PS5 Pro dan juga Nintendo Switch 2 yang dijangka tiba pada akhir tahun ini dan awal tahun depan.

Leave a Reply