Disney dan Pixar telah berkongsi dengan treler pertama untuk filem animasi Inside Out selepas hadir dengan treler acah yang memecah rekod dengan 157 juta tontonan dalam masa 24 jam. Filem susulan kepada Inside Out ini akan ditayangkan pada 13 Jun 2024.

Inside Out 2 ini sekali lagi memfokuskan kepada emosi-emosi berbeza di dalam Riley yang kini telah menjadi remaja dan mempunyai lebih banyak emosi baharu, antaranya Anxiety yang disuarakan oelh Maya Hawke, Envy dilakonkan oleh Ayo Edebiri, Ennui disuarkan oleh Adele Exarchopoulos dan Embarrassment yang disuarakan oleh Paul Walter Hauser.

Riley sendiri akan disuarkan oleh Kensington Tallman menggantikan Kaitlyn Dias untuk filem pertama, menyertai pelakon-pelakon yang kembali membawa watak masing-masing seperti Amy Poehler, Lewis Black, Phyllis Smith, Tony Hale dan Liza Lapira.

Sohor Kini