Critical Hit Games telah mengumumkan yang permainan sulung mereka iaitu Nobody Wants to Die akan dilancarkan sekitar tahun ini untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC. Ia merupakan permainan interaktif dan memfokuskan penceritaan Noir di bandar distopia New York City.
Di dalam permainan ini, pemain akan menjadi James Karra iaitu seorang detektif yang menyiasat tempat jenayah dengan memanipulasi masa untuk mencari pembunuh di zaman yang kematian adalah sesuatu yang bukan kebiasaan.
Permainan ini menggunakan Unreal Engine 5 dan menyertakan grafik dengan gaya ‘cinema realistic‘ dan penceritaan yang mendalam.