Apple Arcade telah mengumumkan senarai permainan yang akan tiba pada awal bulan depan, termasuk juga permainan baharu Puyo Puyo selepas sekian lama tidak menerima permainan baharu. Puyo Puyo Puzzle Pop merupakan permainan tekaria yang dibangunkan oleh pembangun permainan asal Puyo Puyo secara eksklusif untuk Apple Arcade.
Selain itu, bulan depan juga akan menerima dua permainan popular iaitu Super Monsters Ate My Condo+ oleh PikPok yang satu lagi permainan tekaria, dan Sago Mini Trips+ oleh Sago Mini yang menyertakan empat permainan untuk kanak-kanak iaitu Road Trip, Botas, Planes dan Trains.
Beberapa permainan juga akan menerima kemaskini seperti Hello Kitty Island Adventure, Tamagotchi Adventure Kingdom dan SpongeBob: Patty Pursuit.
Apple Arcade ditawarkan dengan harga RM29.90 yang boleh dikongsi dengan 5 orang keluarga, ia juga boleh diperoleh melalui langganan Apple One yang juga menyertakan Apple Music dan Apple TV+ dengan harga RM34.90 untuk pelan individu, RM44.90 untuk pelan keluarga, dan RM84.90 untuk Premier yang turut menyertakan Apple Fitness+