Mars After Midnight iaitu permainan terbaru oleh Lucas Pope yang sebelum ini hadir dengan permainan Return of the Obra Dinn dan Papers Please kini dilancarkan secara eksklusif untuk Playdate dan boleh didapati melalui Playdate Catalog.

Di dalam permainan ini, pemain akan menjadi pekerja di Pusat Sokongan Masyarakat di Planet Marikh. Pemain perlu mengenal pasti penduduk-penduduk tempatan yang memerlukan bantuan dan memastikan mereka dibantu dengan menyediakan makanan.

Playdate sudah ditawarkan di Malaysia dengan harga $199 (~RM951) ataupun $219 (~RM1046) bersama dengan Cover dan Cover juga boleh dibeli secara berasingan dengan harga $29 (~RM138). Anda boleh melakukan tempahan melalui pautan ini dengan penghantaran dijangka mengambil masa 2 hingga 4 minggu.

Sohor Kini